mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q1 2020 – Linli Jahani

Nama : Linli Jahani
Umur : 33 Tahun
Ahli : 22 MEI 2020

 

Latar belakang

Beliau adalah seorang Pemaju Masyarakat di Tabika Kg.Masin .Pitas . Beliau sering ke PI Kg.Kalumpang untuk melayari internet untuk membantu beliau dalam melakukan kerja dengan lebih pantas dan mudah kerana sesetengah pekerjaan beliau hanya dapat dilakukan dengan adanya talian internet yang pantas . Beliau juga sering mengikuti latihan dan bengkel yang sering di adakan oleh pusat internet untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran beliau dalam bidang ICT kerana beliau mengikut Pembelajaran Jarak Jauh OUM cawangan Kota Marudu .

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

  • Sebelum menghadiri beberapa latihan dan bengkel yang di anjurkan oleh PI , beliau kurang yakin dalam melayari internet kerena lokasi tempat tinggal dan juga kawasan sekolah tempat beliau berkhidmat sangat susah untuk mendapatkan talian internet . Tetapi dengan arus teknologi yang semakin membangun dan juga corak kerja yang memerlukan beliau untuk lebih tahu dan yakin melayari internet yang mendorong beliau untuk selalu belajar agar tidak ketingalan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

  • Menggunakan internet sebagai salah satu keperluan untuk melancarkan kerja beliau seharian .
  • Boleh belajar atau menyiapkan apa sahaja keperluan kelas PJJ beliau
  • Beliau semakin mahir menggunakan internet .