mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q4 2019 – Awang Shaari Bin Taun

Nama : Awang Shaari Bin Taun
Umur : 52 Tahun
Ahli : 17 Nov 2014

 

Latar belakang

Beliau adalah seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Jabatan KEMAS Kudat tetapi bertugas di Pusat Sumber KEMAS Pitas . Beliau sering ke PI Kg.Kalumpang untuk melayari internet untuk membantu beliau dalam melakukan kerja dengan lebih pantas dan mudah kerana sesetengah pekerjaan beliau hanya dapat dilakukan dengan adanya talian internet yang pantas Beliau juga sering mengikuti latihan dan bengkel yang sering di adakan oleh pusat internet untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran beliau dalam bidang ICT .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Sebelum menghadiri beberapa latihan dan bengkel  yang di anjurkan oleh PI , beliau kurang yakin dalam melayari internet di usia beliau yang sudah mencapai 50an tahun kerana teknologi kini tidak sama semasa beliau masih muda tetapi dengan arus teknologi yang semakin membangun dan juga corak kerja yang memerlukan beliau untuk lebih tahu dan yakin melayari internet yang mendorong beliau untuk selalu belajar agar tidak ketingalan   

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Menggunakan internet sebagai salah satu keperluan untuk melancarkan kerja beliau seharian .
  • Boleh berhubung dengan sahabat jauh dan dekat dan bertukar-tukar pengalaman melalui internet .

         Beliau semakin mahir menggunakan internet .