mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q1 2019 – Puan Nur Hadeerah Yong

Nama : Nur Hadeerah Yong
Umur : 24 Tahun
Ahli : 18 Jun 2014

 

Latar belakang

 

Puan Nur Hadeerah Yong adalah seorang surirumah tangga sepenuh masa . Beliau mula berkecimpung dalam perniagan atas talian ini sekitar tahun 2018 . Pada awal mulanya beliau sekadar ingin mencuba tetapi beliau tidak menyangka sambutan orang ramai terhadap perniagaan beliau sangat memberansangkan. Sehingga kini pendapatan beliau semakin tinggi dari hari ke hari . Beliau menjalankan perniagaan beliau hanya melalui rumah sahaja buat masa ini .

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

  • Sebelum menghadiri kelas keusahawanan terutamnya bengkel aplikasi dashboard beliau hanya menerima tempahan melalui rakan-rakan yang mengenali beliau dan keluarga .

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

  • Kini beliau mempunyai kemahiran untuk merekodkan untung dan rugi modal dalam perniagaan beliau dengan lebih tersusun tidak lagi seperti dulu .
  • menggunakan internet sebagai salah satu saluran untuk mempelajari bagaimana mempromosikan produk / perkhidmatan beliau .