mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q2 2019 – Puan Rudiana Binti Meramza

Nama : Rudiana Meramza
Umur : 33 Tahun
Ahli : 18 Jun 2014

 

Latar belakang

Puan Rudiana Binti Meramza adalah seorang surirumah tangga sepenuh masa . Beliau mula berkecimpung dalam perniagan ini sekitar tahun 2017 . Pada awal mulanya beliau sekadar ingin mencuba tetapi beliau tidak menyangka sambutan orang ramai terhadap perniagaan beliau sangat memberansangkan. Sehingga kini pendapatan beliau semakin tinggi dari hari ke hari . Pada awalnya beliau memulakan perniagaan bersama suami hanya dari rumah sahaja . Sehingga la beliau selalu melibatkan diri dalam kursus-kursus dan juga latihan kemahiran kini beliau mempunyai sebuah kedai kongsi dengan rakan beliau yang sederhana untuk beliau memulakan perniagaan beliau .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Sebelum menghadiri kelas keusahawanan beliau hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan di rumah sahaja melalui kenalan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat sahaja .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Kini beliau mempunyai kemahiran untuk merekodkan untung dan rugi modal dalam perniagaan beliau dengan lebih tersusun tidak lagi seperti dulu .
  • menggunakan internet sebagai salah satu saluran untuk mempelajari bagaimana mempromosikan produk / perkhidmatan beliau .
  • Kini beliau mempunyai sebuah kedai kongsi dengan kawan beliau perkhidmatan elektrik dan juga baik pulih penghawa dingin .