KEUSAHAWANAN Q1 2020 – Mohd Harris Bin Rasik
| Nama | : Mohd Harris Bin Rasik |
| Umur | : 31 Tahun |
| Ahli | : 10 Oktober 2019 |
Latar belakang
Encik Harris Bin Rasik adalah seorang belia yang tidak berpendapatan tetap setiap bulan namun begitu beliau sangat rajin mencuba pelabagai kemahiran yang boleh dibuat duit . Beliau mula berkecimpung dalam perniagan ini sekitar tahun 2019 . Pada awal mulanya beliau sekadar ingin mencuba tetapi beliau tidak menyangka sambutan orang ramai terhadap perniagaan beliau sangat memberansangkan. Sehingga kini pendapatan beliau semakin tinggi dari hari ke hari . Pada awalnya beliau memulakan perniagaan bersama adik beradik hanya dari rumah sahaja . Sehingga la beliau selalu melibatkan diri dalam kursus-kursus dan juga latihan kemahiran kini beliau mempunyai sebuah kedai kongsi dengan rakan beliau yang sederhana untuk beliau memulakan perniagaan beliau , dan kini beliau telah mempunyai dua cawangan gerai menjuah buah potong .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Sebelum menghadiri kelas keusahawanan beliau hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan di rumah sahaja melalui kenalan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat sahaja .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Kini beliau mempunyai kemahiran untuk merekodkan untung dan rugi modal dalam perniagaan beliau dengan lebih tersusun tidak lagi seperti dulu .
- menggunakan internet sebagai salah satu saluran untuk mempelajari bagaimana mempromosikan produk / perkhidmatan beliau .
- Kini beliau mempunyai sebuah kedai kongsi dengan kawan beliau perkhidmatan elektrik dan juga baik pulih penghawa dingin .