KEUSAHAWANAN Q3 2018 – Puan Artini Binti Kamad

Kisah Kejayaan | 25 September 2018
Nama : Artini Binti Kamad
Umur : 27 Tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Puan Artini seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai tiga orang anak , Anak- anak beliau semuanya telah bersekolah . Dengan alasan itu lah beliau berjinak-jinak untuk menjadi seorang usahawan untuk mengisi masa lapang beliau di rumah . Beliau menjalankan perniagaan kosmetik dan minyak wangi ini bermula di kejiranan beliau , kawan-kawan dan juga sanak saudara . Tetapi kini setelah beliau menghadiri latihan keushawanan di Pusat Internet Kg.Kalumpang , beliau mula mempromosikan perniagaan beliau di laman-laman sosial . 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Sebelum menghadiri kelas asas komputer, saya tidak tahu apa-apa pasal komputer dan bagaimana mengunakan komputer
  • tersebut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Setelah menghadiri kelas tersebut, saya mengetahui dan belajar menggunakan komputer dan mengenal apa itu internet dalam kehidupan saya .
    • Kini saya mempunyai kemahiran untuk merekodkan untung dan rugi , modal dalam perniagaan saya dengan lebih tersusun tidak lagi seperti dulu .
    • menggunakan internet sebagai salah satu saluran untuk mempelajari bagaimana mempromosikan produk / perkhidmatan saya ..

kini saya telah meluaskan perniagaan saya bukan sahaja secara jualan daripada gerai malah secara online .