mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ) Kg.Kalumpang

Pusat Ekonomi Digital ( PEDi )  Kg.Kalumpang , Pitas mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ) Kg.Kalumpang , Pitas merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM ) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Setiap PEDi dikendalikan oleh 2 orang petugas dan waktu operasi adalah bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari (kecuali cuti umum atau tugasan luar) .

PEDi bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara berdaya saing dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan. PEDi Kg.Kalumpang terletak dalam Daerah Pitas .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM ) berhasrat untuk menjadikan PEDi Kg.Kalumpang merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ( Knowledge Community Centre ). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PEDI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

  • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • e-Pembelajaran (e-Learning)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

 

PROFILE PEDi

PUSAT EKONOMI DIGITAL KG.KALUMPANG , PITAS

ALAMAT

PEDi KG.KALUMPANG PITAS , JALAN RUMAH REHAT KG.KELUMPANG , 89100 PITAS SABAH .

KOD LOKASI

S05C004

MULA OPERASI

01 MAC 2014

BILANGAN KOMPUTER

20 Buah Komputer dan 2 laptop

JUMLAH KEAHLIAN

 785 Orang Ahli ( Sehingga Bulan Disember 2016 )

JUMLAH PENGGUNA YANG DI LATIH

4238 Orang Peserta ( Sehingga Bulan Disember 2016 )

JUMLAH JAM 

624 Jam ( Sehingga Bulan Disember 2016 )

JUMLAH PENGUNJUNG

11858 Orang Pengguna ( Sehingga Bulan Disember 2016 )

PENGURUS

Jilisbon Tombihal

PENOLONG PENGURUS

Rafidah Binti Amirul